Thursday, February 16, 2012

UBAT BERDAFTAR DAN TIDAK BERDAFTAR.

Tidak ramai yang mengambil peduli sama ada ubat-ubat yang dibeli dan diguna berdaftar atau pun tidak dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Semua produk yang dikategorikan sebagai ubat adalah wajib berdaftar dengan KKM. Tidak kira sama ada ubat itu dalam kategori ubat terkawal atau pun tidak terkawal (over the counter). Ini bagi memastikan sesuatu ubat itu adalah selamat dan berkesan apabila digunakan.


Ubat tradisional juga wajib berdaftar dengan KKM. Ini bagi memastikan ubat tersebut selamat dan tidak membahayakan kesihatan pengguna. Vitamin dan kosmetik juga adalah produk yang wajib berdaftar dengan KKM.

Bagaimana kita boleh tahu sesuatu produk itu berdaftar atau tidak? Produk berdaftar mesti mempunyai nombor pendaftaran KKM dan hologram yang bercetak nama PBKD.
 
INFO:apis farmasi..

KENALI UBAT BERDAFTAR



Bermula 1985 semua produk perlu berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di bawah Peraturan 7(1) (a), Peraturan Pengawalan Dadah & Kosmetik 1984, Akta Jualan Dadah 1952 sebelum produk - produk tersebut boleh diimport, dikilang, dijual atau dibekalkan, melainkan terdapatnya pengecualian daripada provisi tertentu dalam Peraturan tersebut. Produk didefinasikan sebagai suatu drug dalam bentuk dos farmaseutikal, atau kosmetik, yang mempunyai identiti tersendiri, komposisi, karakteristik dan keaslian. Kosmetik pula bermaksud sebarang bahan atau sediaan yang bertujuan untuk digunakan pada pelbagai bahagian luaran badan manusia (termasuk epidermis, sistem rambut, kuku, bibir, dan organ genital luaran).
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam pendaftaran produk di Malaysia. Produk - produk tersebut diuji dan dinilai supaya setiap produk adalah selamat, berkualiti dan berkesan. Setiap produk yang berdaftar memiliki satu nombor pendaftaran yang unik. Nombor tersebut bermula dengan MAL, diikuti oleh 8 angka dan diakhiri dengan abjad - abjad mengikut kategori iaitu abjad “X”, ”A”, “T” dan “K”. 
X” menunjukkan bahawa produk tersebut ialah ubat bukan racun (OTC), 
A” menunjukkan ubat terkawal
T” menunjukkan ubat tradisional dan
K” menunjukkan produk kosmetik
Contoh nombor pendaftaran ialah MAL 20030081X. Untuk menentukan kesahihan sesuatu nombor pendaftaran.
Bermula 1 Mei 2005, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewajibkan penggunaan label Hologram Meditag bagi semua produk kecuali produk kosmetik, produk penjagaan luaran (anti-jerawat, anti-kelemumur, penjagaan mulut, perlindungan kulit dan antibakteria) dan vaksin. Kini, produk berdaftar mestilah mempunyai dua perkara, iaitu nombor pendaftaran MAL danHologram Meditag.
   
INFO: dari blog apis farmasi